6 tahun tak libatkan diri dalam bidang nyanyian, akhirnya Mila Jirin dedah suami dah beri keizinan untuk buat comeback

Selepas enam tahun tidak melibatkan diri dalam bidang nyanyian, penyanyi dan juga usahawan jelita Mila Jirin mendedahkan suaminya kini sudah memberi izin untuknya membuat ‘comeback’. Memetik laporan Harian Metro, Mila atau nama sebenar, Noorsyarmilla Jirin memberitahu suaminya sudah memberi izin untuknya kembali menyanyi kerana anak mereka sudah besar serta perniagaan mereka sudah semakin stabil. Menurut Mila, selepas videonya menyanyi di TikTok menjadi tular, peminat mahu Mila kembali menyanyi selain mendapat banyak jemputan untuk membuat persembahan.

“Peminat yang mahu saya kembali menyanyi. Malah, ramai pihak yang mahu saya buat persembahan selepas saya menyanyi di aplikasi TikTok sebelum ini. Pada masa sama, suami juga sudah beri kebenaran kerana anak kami pun sudah berusia tujuh tahun dan perniagaan juga stabil. Kami juga sudah memiliki ‘team’ (pasukan) yang ramai di Bizmilla untuk menjalankan perniagaan. Penyanyi berusia 36 tahun itu turut mendedahkan penyanyi dan komposer, Amylea ada menghubunginya dan memberitahu ada lagu baru yang sesuai untuknya.

Tambah Mila, dia kini sedang membuat rakaman single terbaharunya yang bergenre balada dan sesuai dengan umurnya yang sudah dewasa. “Saya tengah buat rakaman demo dengan Amylea dan berasa teruja untuk proses rakaman single berkenaan di studio pada minggu depan. “Single baharu ini genre balada dan sesuai dengan usia saya yang sudah dewasa dan matang sekarang. Insya-Allah, kami akan menghasilkan karya yang baik untuk peminat.”

Juara program realiti, Akademi Fantasia (AF5) itu mengakui dia masih memujuk suaminya supaya membenarkannya untuk membuat persembahan di atas pentas. Dalam masa yang sama, Mila memberitahu dia rindu untuk kembali beraksi serta menghiburkan peminatnya. “Suami baru izinkan saya buat single baharu dulu dan saya juga kena pujuk suami lagi untuk buat persembahan di pentas pula selepas ini. Sebagai anak seni, saya memang rindu untuk kembali beraksi di pentas dan menghiburkan orang ramai.

Ketika ditanya mengenai tawaran program Gegar Vaganza (GV), Mila mendedahkan dia belum mendapat apa-apa tawaran lagi. “Setakat ini tiada tawaran. Siapalah saya? Kalau ada tawaran pun, Insya-Allah dipertimbangkan.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version