SUSULAN tular foto gambar bersama seorang lelaki di atas pelamin, ramai menyangka balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah sudah menjadi tunangan orang. Bagaimanapun, lelaki di atas pelamin tersebut rupa-rupanya adalah anak saudara kepada Hidayah. Identiti lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fizrail itu disahkan sendiri oleh Hidayah ketika membalas komen seorang pengguna warganet. “Haha betul anak saudara lebih tinggi dari mak saudaranya, saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” tulisnya.
Sebelum ini perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang sehingga ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya di media sosial juga tidak menyangka terdapat ‘plot twist’ mengenai perkara berkenaan. “Lah anak saudara ke? Saya ingat tunang sebab dah kecoh kat portal-portal kata Hidayah dah bertunang. Ingat dah nak menikah tak lama lagi… Rupanya anak saudara Hidayah. “Ingat Hidayah nak bernikah, baru nak ucap tahniah,” tulis warganet di ruangan komen.
Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun. Abam atau Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan pergi menghadap illahi pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.