Penyampai radio lain pernah alami, Azrul Raja Lawak dedah realiti sebenar yang jadi dalam dunia radio

Pengacara dan penyampai radio iaitu Azrul Zaidi atau lebih dikenali sebagai Azrul Raja Lawak tampil mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dalam industri penyiaran terutama sekali radio. Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Azrul yang pernah bekerja di beberapa stesen radio menyifatkan politik dalam dunia itu sangat kjm. “Kerja di radio ini okay sahaja, tak susah mana pun. Tapi kadang-kadang politik dia tu, tempat kerja mana yang tak ada politik kan? Industri penyiaran (radio) ini politik dia memang kejam, memang ‘struggle’. Klik sini untuk lihat video.

Dakwa pengacara berusia 49 tahun itu, dia pernah berdepan dengan situasi apabila dia diberhentikan pada hari yang sama perlu bersiaran untuk sebuah stesen radio. “Saya pun pernah kena juga, masa itu datang nak ‘on air’ tiba-tiba saya dipanggil masuk ke dalam pejabat pengurus. Terus dia kata, ‘Hari ini awak last day ya. Lepas itu nanti kita akan bincanglah tentang tugas awak yang kemudian ini macam mana dan sebagainya’.”

Bukan itu sahaja, Azrul juga mendakwa pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika menggantikan penyampai radio yang baru saja pergi menghadap illahi untuk sebuah stesen radio lain. “Ada juga pengalaman saya dengan salah satu stesen radio ini, tapi tak perlu sebutlah stesen mana kan? Waktu itu saya perlu menggantikan penyampai radio stesen tersebut yang baru saja pergi menghadap illahi. Jadi bila kerja mestilah ada gaji kan? Dah ‘on air’ dalam dua minggu macam itu, saya pun tanya pengurus stesen radio tersebut tentang gaji dan sebagainya.

Dia boleh jawab. ‘Eh tak ada bayaran sebab dua minggu ini kira kami nak uji awak sebagai penyampai radio’.” Di akhir video tersebut, Azrul mendedahkan bahawa apa yang berlaku terhadap Tyzo tempoh hari itu jugalah yang dialami oleh para penyampai radio yang lain. Menurutnya, tidak hairanlah sekiranya seseorang penyampai radio itu tidak lagi ‘on air’ pada segmen yang mereka kendalikan kerana itulah realiti sebenar dalam dunia penyiaran. Terdahulu, nama pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 iaitu Tyzo menjadi bualan hangat di media sosial selepas kontraknya di sebuah stesen radio swasta ditamatkan serta-merta pada Jumaat.

Keputusan itu pastinya meruntunkan hati para pendengar dan peminatnya yang selama ini setia mendengar celoteh Tyzo pada segmen yang dikendalikannya bersama rakan penyampai, Sharifah Shahirah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version