Isu panas lagi, kali ni Fathia Latiff dedah suami Heliza Helmi gagal siapkan rumah dia beli sejak 5 tahun

BELUM reda perselisihan faham dengan beberapa rakan artis, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencipta kontroveri apabila menuduh suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Datuk Seri Mahazi Zaman sebagai penipu. Kata Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, mendakwa dia berasa tertipu selepas syarikat milik Mahadi gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu. Malah Fathia mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis yang dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.

“Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga saya mahu buat tuntutan lain. Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan,” katanya. Fathia berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di laman Instagram miliknya pada Isnin. Dia kini yang sedang bercuti di Osaka, Jepun juga menegaskan enggan mahu pulang selagi belum mendapatkan sebarang jawapan dari pihak berkenaan. “Saya nak duduk sini (Jepun) terus dan tak mahu balik. Kalau ada rumah baru saya balik. Saya tidak mahu lawan kes ini. Saya hanya mahukan rumah saya.

“Mereka telah lnggr kontrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap,” katanya membuat tuduhan itu. Fathia juga mendakwa perbincangan telah dilakukan dengan pihak berkenaan beberapa kali namun jawapan yang diterima masih sama. Sejak seminggu lalu nama Fathia menjadi bualan hangat apabila dia kerap berkongsi luahan dan pendapat di sosial media yang mengundang kontroversi.

Selain menyamakan pelakon Zahirah MacWilson sebagai pembantu rumah, dia turut mendedahkan keburukan Zarina Anjoulie di laman sosial. Dalam pada itu pihak kami berusaha untuk mendapatkan Heliza Helmi bagi menjelaskan tuduhan yang dibuat terhadap suaminya itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version