Doa supaya individu tersebut hidup tak tenteram setiap saat, bapa Zayn Rayyan akui tak dapat maafkan pelaku

Bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang ditemukan pergi menghadap illahi berdekatan Apartmen Idaman, Damansara pada 6 Disember lalu tidak akan memaafkan pelaku. Meskipun sudah sebulan berlalu, Zaim Ikhwan Zahari dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, masih terkesan dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka itu. “Saya tidak akan memaafkan individu yang memperlakukan (menyebabkan pemergian) arwah anak saya. Saya cuma berdoa supaya pelaku hidup dalam keadaan tidak tenteram setiap saat,” kata bapa mangsa.

Zaim juga tidak memaafkan individu yang melindungi pelaku atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tetapi tidak tampil untuk memberi keterangan disebabkan tidak mahu terlibat. Sementara itu, Zaim berkata, dia menyerahkan siasatan kes anaknya itu kepada pihak polis dan percaya polis akan menahan pelaku kelak. Dalam pada itu, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan berterusan melemparkan fitnah atau mengecam ahli keluarganya di media sosial.

Keyboard warrior di media sosial yang melemparkan tuduhan, fitnah dan mengecam kami termasuk arwah anak saya, akan merasai juga kehilangan dianiaya orang tidak berhati perut seperti kes anak saya ini,” katanya. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan, polis akan menggunakan maklumat risikan yang sedia ada bagi memulakan tangkapan terhadap individu yang mempunyai kebarangkalian tinggi suspek kes pmbnhn Zayn Rayyan.

Menurut pihaknya, siasatan kes tersebut sudah mencapai 90 peratus membabitkan segala jenis bentuk siasatan termasuk saintifik dan konvensional. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version