Beberapa tahun lepas bergambar sekali dengan kakak, kini gadis umur 21 tahun kahwin dengan Abg Ipar

Seperti yang kita sedia maklum, jodoh dan pertemuan itu merupakan rahsia Allah SWT yang sama sekali tidak diketahui para hamba-hambaNya. Itulah realiti yang berlaku terhadap seorang wanita Indonesia berusia 21 tahun ini apabila dia berjodoh dengan abang iparnya sendiri. Menerusi hantaran tular di TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @sntafby__ memuat naik foto bersebelahan kakaknya yang melangsungkan perkahwinan bersama abang iparnya pada tahun 2015. Menerusi hantaran yang sama, wanita berkenaan turut memuat naik gambar dirinya yang kini sah menjadi isteri kepada abang iparnya itu. Klik sini untuk lihat video.

Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya sehinggakan ramai yang mengecam wanita berkenaan kerana memilih untuk berkongsi kasih dengan kakaknya sendiri. Namun begitu, wanita tersebut tampil menjelaskan kisah yang berlaku di sebalik keputusan yang dibuatnya itu. Menurutnya, kakaknya sudah pun pergi menghadap Ilahi pada tahun 2022 yang lalu dan tinggalkan abang iparnya bersama seorang anak lelaki. Arwah kakaknya itu kemudiannya mengamanahkan suami serta dirinya untuk menjaga kanak-kanak yang bernama Zayn itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan perkahwinan mereka itu berkekalan sambil menyifatkan kisah yang berlaku itu persis seperti kisah yang diceritakan di dalam novel mahupun filem. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version