Muat naik video main salji, ramai yang puji cara Dini Schatzman layan Janna Nick

ROMANTIK betul pasangan dua sejoli Janna Nick dan Dini Schatzmann ketika menjalani penggambaran program Romantika di India. Pelbagai aktiviti dilakukan sebagai pasangan suami isteri sepanjang berada di Delhi, Kashmir dan Agra sehingga membuatkan ramai meluahkan rasa cemburu melihat kemesraan mereka. Menerusi perkongsian video di TikTok, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, warganet terhibur melihat gelagat Dini yang dilihat cuba menjaga hati isterinya ketika dia menarik aktres itu dengan papan luncur. Klik sini untuk lihat video.

Mana tidaknya, Dini seakan tidak larat menarik Janna yang duduk dalam sebuah bekas berwarna kuning namun demi menjaga hati isteri tersayang dia memberi alasan tapak kasut licin membuatkan dia tidak mampu bergerak pantas. “Baby kenapa perlahan sangat? Saya berat ke? Kalau awak kata saya gemuk, tak nak kawan awak lagi,” kata Janna. “Sayang selipar saya licin, bukan berat,” ujar Dini pula.

Malah Dini juga tergolek jatuh semasa cuba menarik Janna di atas salji sehingga membuatkan aktres kelihatan bimbang dengan keadaan suaminya. Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet tumpang bahagia melihat cara Dini melayani isterinya. Mereka juga menganggap Dini seorang suami yang baik kerana sentiasa ingin menjaga hati Janna. “Suami dia pandai layan dia… macam puteri sangat Dini layan Janna. “Dini saja pandai kawal mood Janna, mana-mana perempuan suka dapat layanan macam ini.

“Dia orang yang gembira aku pula yang tersenyum-senyum, sayang betul Dini dekat Janna ya,” antara komen warganet. Untuk rekod, Janna dan Dini Azan Schatzmann, 30, melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version