Pelakon, Rita Rudaini mengecam kenyataan yang mengatakan ibu bapa dari kalangan kumpulan isi rumah tertinggi (T20) menghantar anak mereka belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk belajar erti kesusahan hidup. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil menyifatkannya sebagai merepek dan mengarut. “Bahasa ‘alasan’ macam ini, nak belajar (cara hidup) susah banyak lagi tempat boleh hantar. Hantar ke rumah kebajikan pun boleh, adoi statement memang mengundang masyarakat bergaduh.”
Tambah pelakon filem ‘Mami Jarum’ itu lagi, sekolah MRSM yang berprestasi tinggi itu sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat bagi para pelajar untuk bersaing sesama mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan dan bukanlah platform buat golongan bangsawan untuk memasukkan anak-anak mereka secara sesuka hati. “MRSM untuk yang cerdik pandai, untuk yang ada kelayakkan akademik, semua golongan berhak memohon dan yang layak akan berpeluang untuk belajar di sana.
Erti kesusahan sebenar ialah, ‘Siapa malas belajar dia akan ketinggalan’. Di situ barulah para pelajar akan sedar erti kesusahan yang sebenar bila tak dapat tempat di mana-mana institusi yang bagus dan terbaik.” Menerusi satu hantaran lain, pelakon berusia 47 tahun itu juga mempersoalkan jurang yang diletakkan oleh pihak-pihak tertentu dalam isu pendidikan dalam kalangan pelajar. Menurutnya, dengan adanya kuota itu akan mewujudkan ketidaksefahaman dan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan perpecahan.
Terdahulu, Rita dilihat sangat lantang bersuara dengan memberikan pendapat melibatkan isu dan permasalahan yang berlaku di sekolah seperti kes buli dalam kalangan pelajar serta kes guru menmpr murid di sekolah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.