‘Saya Tidak Lagi Cintakan Dia, Cuma Ada Dendam’ – Fathia Latiff
Fathia Latiff akui dah tak cinta kan Aiman Hakim, tapi masih ada simpan dendam
Pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila tampil dalam rakaman podcast bersama Caprice. Menerusi rakaman podcast yang dikongsikan oleh Caprice di Instagram, Fathia mendakwa masih menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya iaitu Aiman Hakim Ridza. Menerusi perkongsian tersebut, Fathia atau nama sebenar, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, dipercayai masih belum ‘move on’ selepas putus cinta dengan Aiman. “Saya tidak lagi cintakan dia, saya cuma ada dendam. Dia seorang selebriti. Saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka. Dia selebriti dan ‘public figure’. Ramai orang guna foto bersama ‘public figure’. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna?” Klik sini untuk lihat video.
Disoal mengapa mencetuskan kontroversi dan membuat provokasi terhadap Aiman dan Zahirah, Fathia berkata, dia tidak menganggap tindakan itu mengganggu. “Saya tidak tahu bagaimana tindakan itu mengganggu. Bagaimana pula awak tahu tindakan itu suatu provokasi?” Ujar pelakon drama ‘Ariana Rose’ itu lagi, Aiman pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya suatu masa dahulu.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kami bersama lima tahun. Saya fikir tidak salah muat naik sesuatu mengenai seseorang yang pernah berada dalam hati saya.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.