Dipanggil dengan gelaran bibik, tapi Zahirah Macwilson tenang je kongsikan video ootd

Pelakon jelita, Zahirah MacWilson tenang kongsi video OOTD di Instagram ketika namanya menjadi perbualan di media sosial susulan ‘dipetik’ Fathia Latiff  sehingga dipanggil bibik oleh selebriti itu. Susulan daripada kontroversi yang dicetuskan oleh Fathia, bekas rakan baiknya, Zarina Anjoulie telah mengulas serba sedikit isu tersebut dan telah ditanggapi kembali oleh pelakon drama Ariana Rose berkenaan. Mereka yang dilihat saling berbalah di media sosial dengan membuka aib masing-masing telah menjadi perhatian ramai sehingga ada yang berasa kurang senang dengan tindakan mereka. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, Zahirah yang pertama sekali ‘dipetik’ Fathia seakan tidak melayan langsung isu panas berkenaan dan berkongsi video terbarunya di media sosial dengan dihujani pujian oleh warganet serta rakan selebriti. Rata-rata memuji kecantikan Zahirah lebih-lebih lagi dia terlihat sangat elegan dengan dress berwarna hitam tanpa lengan itu. Suaminya yang juga aktor kacak, Aiman Hakim Ridza juga tidak ketinggalan meninggalkan komen emoji berbentuk hati kepada posting yang dibuat isteri.

Walau bagaimanapun, dalam perbalahan dua artis bekas sahabat nampaknya tidak berlanjutan memandangkan Zarina mengambil keputusan untuk tidak melayan kerenah Fathia lagi. Kenyataan tersebut dinyatakan oleh pelakon filem Tiada Tajuk di Insta Story miliknya sebelum dipadam tidak lama selepas itu. Terdahulu, nama Zahirah MacWilson menjadi topik perbualan di media sosial apabila Fathia Latiff mengatakan wajah pelakon itu seperti ‘bibik’ dan tidak setanding dengan dirinya. Namun, aktres cantik tersebut langsung tidak mengambil pusing isu kontroversi berkenaan walaupun diserang bertubi-tubi tanpa sebab di media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version