Penyanyi Iman Troye meraih perhatian warganet apabila menziarahi pusara Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram, Iman Troye atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin meluahkan rasa kerinduannya terhadap penyanyi itu kerana arwah dikatakan tidak pernah lupa untuk memberikan ucapan setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya. “Harini hari pertama untuk tahun 2024 dan baru baru ni birthday adik. Dulu Kak Sarah tak pernah missed wish birthday adik. Jadi adik datang harini sebab rindu, rindu sangat,” tulis Iman melalui hantaran tersebut.
Sementara itu, meninjau ruangan komen, ada yang tertanya-tanya, bagaimana Iman boleh rapat dengan arwah Sarah. “Macam mana boleh rapat dengan arwah?” tanya seorang warganet. Iman kemudian menjawab: “Iman minat arwah sejak sekolah lagi, kemudian minat viral suara sedap. Arwah surprise Iman time SPM. Dari situ lah mula rapat,” balasnya. Dalam pada itu, terdapat juga komen warganet yang masih berasa sedih dan terasa dengan pemergian arwah, selain memuji Iman kerana masih mengingati arwah Sarah walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
Sekadar info, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin dunia pada 9 Ogos 2021 akibat COVID-19. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.