Mesej Hafreez Adam tak berbalas sejak 2022, kehilangan Azar Azmi cetus tanda tanya warganet

KEHILANGAN pelakon Azar Azmi yang lenyap daripada radar dunia seni terus menjadi tanda tanya ramai termasuk dalam kalangan rakan dalam industri lakonan. Sebagai individu pernah rapat dengan Azar, aktor Hafreez Adam juga sudah tidak lagi mendengar khabar daripadanya selepas kali terakhir berhubung pada September 2021. Hafreez atau Hafreez Adam Aizat Zahalan, 34, berkata, mereka pernah dalam fasa mengenali hati budi masing-masing namun hubungan itu tidak bertahan lama.

“Kami pernah keluar bersama sebelum ini namun tidak meletakkan sebarang status, hanya sekadar fasa kenal hati budi. Bagaimanapun sekitar Julai 2021 kami mengambil keputusan membawa haluan masing-masing. Kali terakhir kami bertemu sekitar September tahun sama sebelum dia terus hilang sehingga kini. Saya pernah hantar mesej kepadanya pada November 2022 apabila produksi cuba mencarinya namun mesej tersebut tidak dibalas,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Dalam pada itu, usaha menjejaki Azar melalui keluarganya juga tidak berjaya malam pengurusnya sendiri tidak mengetahui keberadaan pelakon itu ketika ini. Malah kata Hafreez, pelakon Janna Nick memberitahu Azar pernah menghantar mesej ternampak dia sedang bersenam namun enggan bertemu. “Ada peminat pernah mesej saya kata ternampak Azar dekat stadium. “Sebelum ini Janna ada beritahu dia dapat mesej daripada Azar beritahu dia ternampak Janna sedang berjoging tapi dia enggan bertemu.

“Saya tahu tentang keluarganya tetapi tidak ada nombor untuk dihubungi,” katanya. Menyifatkan Azar sebagai individu yang ceria, Hafreez yakin aktres itu ada alasan tersendiri mengambil jalan menghilangkan diri. “Dia seorang yang ceria dan mungkin ada sesuatu yang disembunyikan. Mungkin dia perlu ruang untuk diri sendiri. Kita sendiri pun tidak tahu apa yang dia lalui. Kalau boleh maklumkan pada seseorang sekurang-kurangnya dia dalam keadaan baik. Saya mahu dia tahu bahawa ramai orang sayangkan dia,” jelasnya.

Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 39, merupakan bekas peserta program Dewi Remaja 2009/10 dan pernah membintangi drama seperti Nur, Pujaan Hati Kanda dan Suri Hati Mr Pilot. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version