Isteri luah rasa terkilan bila suami gaji 5 angka tapi sesen pun tak bagi duit belanja, tapi dekat mak dia setiap bulan bagi 2k

Salam saya seorang isteri yg hanya menjadi suri rumahtangga sepanjang 4 tahun berkahwin. Ada 2 anak yang comel. Ada master degree. Pernah bekerja dulu dan earned 6k sebulan. Berhenti kerja atas permintaan suami untuk ikut dia bertugas. Kerana sayang dan patuh suami, sy turutkan.. Suami kerja hebat. Earned 5angka. Sepanjang berkahwin – x de duit belanja diberikan pada saya. Sesen sgt berkira. Saya stress sampai meroyan sbb dulu sy yang cantik, kemas dan bergaya sekarang jadi selekeh, sememeh dan buruk. X de self confidence. Pernah mintak duit belanja dengan suami, tapi mak mertua bising dan marah saya. Mak mertua kata saya nak kemewahan..

Saya jawab blk pada mak mertua, kalau betul sy nak kemewahan, apa yg ada di badan saya yg mak nampak mewah. Saya pakai serba serbi yg ada sahaja dan beli di pasar malam yg harganya rm5 ke rm10 sahaja. Saya ada access m2u suami tanpa pengetahuan dia. Sy tgk semua transaksi. Mak mertua dpt plg sikit 500 – 2000 sebulan. Bila saya tanya suami, ada x duit belanja saya? Dia selalu suruh saya tggu kalau dia ada duit lebih.. tapi sampai kesudah mmg x de duit belanja.. Tapi dia pandai komplen, sy x cantik mcm dl, x wangi, serba serbi x kena.. sbb saya bukan ada duit mcm sy kerja dl. Pergi spa, facial, dan sbgnya untuk cantikkan diri.

Saya down.. sy bkn mata duitan.. sy cuma nk duit sikit je untuk belanja diri sendiri.. hurm.. Sy x pnah paksa suami bg berapa.. sy pon fhm belanja ni ikut kmampuan suami.. tapi kalau mak boleh bg bnyk, nape sy sesen pon x boleh.. saya jaga rumah, ank ank, mkn pakai minum kot. Bgla reward sikit kt sy..Sy pernah tanya suami samada dia berhutang dgn mak. Tp dia x de hutang apa apa ngan mak.. maksudnya duit dia bg bulan bulan pd mak mmg duit belanja untuk mak..Sy tetkilan sgt.. Persoalannya : 1. salahkah saya meminta duit belanja. 2. Dengan siapa saya boleh mengadu bab ni? Pihat jabatan agama.

Ini komen warganet:

Azie: Beginilah nasib..bila belajar tinggi2 mak ayah anta ntk ksenangan diri. Tapi redha bila suami minta berhenti.malang bila suami berkira rezki sedangkan dlm rezki dia ada ntk isteri dan anak. Sanggup isteri x bermewah ntk kurangkn beban suami tp suami masih belum paham hak nafkah seorang isteri. Taat pada ibu itu perlu tp jgn lupa tanggungjwb yg ada dibahu. Puan bincanglah dgn suami, mudahan dia mau paham tapi jika x boleh.cuba lah niaga on9.sikit2 pn x pe asal boleh buat belanja sendiri.insha allah

Nurulhuda: Puan ada kelulusan. Maknanya puan seorang yg bijak dan boleh buat keputusan yg terbaik. Cadangan sy, kembali bekerja. Di pasaran kerjaya, majikan perlukn staf2 yang berpengalaman dalam kerjaya dan berkeyakinan. Semoga puan yakin dapat buat keputusan terbaik demi diri sendiri dan anak2. Puan.. Org yg mementingkan diri sendiri tidak sihat untuk diri kita. Oleh itu, jauhilah org selfish dan puan perlu buat sesuatu demi ms depan puan dan anak2. Abaikan org yg penting kan diri tu dan kedekut.

Rizal: Saya cadangkan mengadu kat parent supaya parent boleh tarbiah kat suami dan keluarganya sekali, ckp dulu suami suruh berhenti tapi tak bagi nafkah, lps tu kutuk tak cantik selekeh dsb. Klu tak berksan, buat aduan pejabat agama utk kaunseling, tak jalan juga puan jarakkan kandungan lps ni, cari kerja dan hantar anak kat pengasuh, lps tu upgrade diri puan balik mcm dulu biar suami rasa terancam dan pulun puan balik.

Masri: Salah satu kes perpisahan apabila suami tidak tahu tanggungjawab dan tidak bertanggung jawab. Keperluan nafkah zahir sering diabaikan hingga menyebabkan keperluan isteri terabai. Antara tanggungjawab anak lelaki kepada ibu dan isteri. Dalam soal ini kekeliruan dan memahami keperluan keluarga menyebabkan sumai tidak mengendahkan keperluan itu sehingga hendak beli barang dapur dan susu anak tidak dipedulikan. Campurtangan pihak ketiga menjadi punca rumahtangga hancur di tengah jalan.Dalam soal ini puan kena mengadu dipejabat agama atas nafkah yang tidak diberi .. dan pengabaikan keluaarga. Puan kena tahu hak sebagai isteri…Semuga puan tabah dengan dugaan ini dan berusaha dan berdoa.

Exit mobile version