Baru baru ni hangat pasal Zahirah Macwilson, tak sangka pengikut ig Zahirah terus naik ke 3 juta

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Fatiya Latiff mengeluarkan kenyataan aktres Zahirah MacWilson dilihat seperti bibik baginya. Susulan kenyatannya itu, rata-rata netizen mengecam aktres berkenaan dan ramai yang mempertahankan Zahirah. Sehingga kini, Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Diruangan komen Instagram Zahirah, rata-rata warganet mengatakan Aiman membuat pilihan yang tepat berkahwin dengan Zahirah.

Lebih menjadi perhatian, hasil tinjauan mendapati pengikut Instagram Zahirah daripada 2.4 juta kini sudah mencecah 3 juta. Terdahulu, Fatiya menegaskan sebagai rakyat Malaysia dia mempunyai hak kebabasan bersuara dalam memberikan sesuatu pandangan. Katanya lagi, dia tetap dengan pendapatnya bahawa pelakon Zahirah seperti bibik serta tidak gentar jika disaman oleh aktres berkenaan dan suaminya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version