Muat naik gambar menantu, bapa Zahirah Macwilson titipkan pesanan untuk Aiman Hakim

Pesanan bapa pelakon Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson buat menantunya yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian warganet. Menerusi hantarannya di Instagram, Zainol memuat naik foto Aiman dan memuji menantunya itu kacak sepertinya. Malah, dia juga sempat tinggalkan pesanan untuk menjaga anak perempuan dan cucu-cucunya dengan baik. Dalam pada itu, Zainol juga menyatakan dia sentiasa memberi sokongan moral buat menantunya itu.

“Mmmmm… sape ni? Hensemnyaaaaa… macam saya cuma, dia tinggi sikit, dari saya ooooo… ni ke menantu abang Zainol Macwilson, ayah pada Zahirah Macwilson! Aiman, you ALWAYS have my moral support. Tolong jaga anak saya baik-baik ok & juga cucu saya & juga yang bakal tiba! Amin, amin, amin yrbl,” Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version