Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan dia tidak dapat tidur yang lena selama beberapa hari disebabkan mengalami serangan ‘anxiety’. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memberitahu bahawa serangan ‘anxiety’ ketika mengandung bukanlah perkara yang main-main. Menurut Shila, dia ingin tinggalkan segala toksik dan tidak mahu trauma lama menghantui dirinya lagi. Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia hanya mahu menjadi seorang ibu dan isteri yang sihat buat keluarganya.
“Kerisauan ketika mengandung bukan satu benda main main . Saya tidak dapat tidur yang lena selama 4 hari . Tinggalkan semua toksik di belakang, tidak mahu lagi trauma yang lalu menghantui diri . Saya ingin menjadi ibu dan isteri yang sihat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Shila sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusannya. Terdahulu, penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.