MENANTU Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap pelakon berkenaan pada Khamis. Aslam, 26, berkata, walaupun dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka. “Di sini saya ingin menjelaskan yang saya sudah pun pernah meminta maaf pada ibu mentua saya, baik ibu mentua isteri pertama dan juga isteri kedua saya.
Tetapi disebabkan ibu mentua saya mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka di publisiti platform media. Dengan rendah hati, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi kerana banyak perkara telah saya lakukan yang sangat berat,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Khamis. Dalam pada itu, Aslam berkata, dia sebelum ini memilih mendiamkan diri kerana sedar kesilapan dilakukan namun tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan isu menjadi semakin besar.
“Saya jarang bersuara, dikeranakan saya ditempat dan kedudukan yang bersalah, saya akui saya bersalah tapi ada masa diam itu bukan lagi pilihan. Saya akui saya banyak melakukan kesilapan pada semua pihak. Saya dengan rendah diri memohon maaf atas sebab diam saya perkara jadi lebih besar,” jelasnya. Tambah Aslam, menasihati secara tertutup adalah jalan terbaik dan bukan memilih bercerita kepada umum sehingga menimbulkan fitnah.
Dia juga tidak minta dirinya difahami tetapi berharap agar dihormati sebagai seorang suami. “Saya hormat semua pandangan termasuk yang menentang poligami tapi apabila sindiran, tohmahan dan hantaran terbuka dijadikan medium menyindir kami sekeluarga itu bukan lagi pandangan. Itu serangan peribadi,” kongsinya.
Menerusi Threads berbeza, Aslam menjelaskan dia memilih berpoligami disebabkan rasa tanggungjawab sekali gus ingin menjaga maruah Marissa dari terus dipermainkan. Sebagai suami, dia juga sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan seadilnya terhadap kedua-dua isterinya. “Ya, saya memilih untuk berpoligami dan ya, saya berkahwin secara senyap, bukan kerana suka-suka tetapi kerana keadaan yang memerlukan begitu. Saya tahu risiko dan beban yang datang bersamanya.
“Tapi saya juga tahu lebih baik saya bertanggungjawab daripada terus bermain dengan perasaan dan masa depan orang lain. Demi menjaga maruah dan niat baik keluarga. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kedua-dua isteri saya. Mereka tidak berkongsi tempat tinggal, tidak berkongsi nafkah. Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna tapi saya berusaha berlaku adil,” luahnya.
Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan. Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya. Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.