Nampaknya, isu viral berhubung Marissa Dania Hakim masih lagi hangat diperkatakan oleh warganet susulan khabar angin yang mengatakan dia telah pun bernikah dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam. Terbaru, ibu kepada Marissa iaitu pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersuara. Menerusi Instagram Story, Abby mendedahkan yang dia tidak pernah mengesahkan bahawa anaknya telah bernikah. Dalam masa sama, Abby turut memberitahu yang dia tidak pernah membela atau pun memenangkan anaknya sejak isu tersebut tersebar.
Terdahulu, Aslam yang difahamkan masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah. Pada September tahun lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecrngn suaminya dengan Marissa. Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya dilepaskan suaminya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah. Untuk rekod, isu rumah tangga Normah Hakim pernah menjadi sorotan suatu ketika dahulu apabila Abby Abadi, iaitu isteri kepada Norman pada waktu itu mendakwa suaminya mengadakan hubungan dengan orang ketiga, pelakon Memey Suhaiza yang kini bergelar isteri Norman sehingga ke hari ini.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.