Pilih waktu yang tepat untuk berbicara, luahan hati Adira Suhaimi tarik perhatian ramai

Penyanyi Adira Suhaimi memuat naik hantaran yang mengenai seseorang yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Kongsi Adira, seseorang yang memilih untuk berdiam diri tak bermakna individu itu salah malah dapat membantu seseorang itu mendapatkan kekuatan. “Diam tak bermakna kita salah dan orang lain betul. Dalam kita diam banyak membantu kita untuk menjadi kuat dalam ketenangan,” katanya.

Tambah pelantun lagu Pujaan Hati ini, dia juga berpendapat individu yang berdiam diri bukanlah seorang yang pengecut malah menunggu masa yang sesuai untuk bersuara. “Diam pula bukan bererti kita ni pengecut tapi lebih memilih waktu yang tepat untuk berbicara. Semoga Allah menjaga aib kita semua,” ujarnya lagi. Terdahulu, Adira telah memfailkan perpisahan kali kedua terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red atas sebab tiada persefahaman. Untuk rekod, Adira berkahwin dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan tersebut, Adira memiliki empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version