Isu pernikahan anak jadi bualan ramai, sekali ramai yang sayu tengok wajah Norman Hakim

Sejak petang semalam, isu pernikahan ‘lari’ Marissa Dania Hakim, iaitu anak kepada pelakon Norman Hakim di Songkla menjadi buah mulut warganet. Tambahan pula, kakak ipar kepada lelaki yang didakwa bernikah dengan Marissa, iaitu Aslam telah mengesahkan dakwaan mengenai pernikahan itu. Sungguhpun begitu, baik Norman mahupun Abby, masing-masing masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan anak mereka. Namun, Norman tetap memuat naik satu kandungan video di Instagram, berkongsi mengenai rutin persekolahan anak-anaknya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap Norman. Ada juga yang menyatakan apa yang berlaku adalah sebagai ujian kepada Norman dan juga bekas isteri. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version