Penyanyi, pelakon dan juga pengacara popular, Alif Satar memberitahu bahawa kempen gerakan solat subuh #GengSubuhMacamJumaat tiada kaitan dengan mana-mana ahli ataupun parti politik. Memetik laporan Harian Metro, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata solat merupakan satu tuntutan agama dan objektif utama Alif membuat kempen tersebut adalah untuk mengajak orang ramai menunaikan solat.
“Tak ada orang (mana-mana parti politik) yang boleh ‘claim’ (tuntut) benda ini pun. Ini satu perkara yang saya yakin, masyarakat memang tahu. Sebenarnya, objektif utama kita adalah untuk mengajak orang ramai pergi menunaikan solat dan ia bukan panggilan daripada saya pun. Itulah keindahannya. Ini tuntutan agama. “Saya tak kisah kalau orang nak cakap apa pun sebab Allah lebih tahu. Janji, saya nak datang solat di masjid saja. Walaupun ada perbezaan pendapat atau latar belakang, benda yang semua orang boleh bersetuju adalah untuk solat Subuh berjemaah di masjid. Kita perlu menjaga kesucian itu.”
Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, masjid merupakan salah satu tempat yang menyatukan masyarakat dari pelbagai latar belakang, malah dengan adanya program sebegini, orang bukan Islam juga turut berminat untuk hadir ke masjid. “Masjid adalah ‘pangkalan’ untuk masyarakat. Seperti yang saya katakan, apabila kita adakan program sebegini, bukan saja orang Islam, tetapi orang bukan Islam pun berminat untuk hadir. Jadi, tak kisahlah apa pun sokongan politik anda, semuanya datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh dan bersifat neutral.” Alif bukan saja melakukan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Malaysia, malah dia turut meneruskan kempen tersebut ketika berada di Dubai.
Sementara itu, Alif turut mengucapkan rasa syukur kerana dia mendapat sokongan daripada Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dan juga ahli jawatankuasa masjid tersebut. “Di Dubai, saya sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Manara dan disertai lebih kurang 40 jemaah dalam kalangan orang Malaysia yang bekerja di sana dan juga orang tempatan. Alhamdulillah, ia mendapat sokongan daripada Konsul Jeneral Malaysia di Dubai serta ahli jawatankuasa masjid itu sendiri.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.