Selamba je pembantu rumah yang baru boleh ambil boto susu pakai kaki, Datin Elvina masih trauma nak ambik pembantu rumah

SUSULAN pembantu rumahnya melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad memberitahu dia mengalami trauma selepas kejadian itu. Elvina, 29, bagaimanapun berkata dia dan suami iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan tetap bersyukur kerana anak mereka yang ditinggalkan di rumah ketuka kejadian berada dalam keadaan selamat. Berkongsi perkembangan kes berkenaan, Elvina memberitahu sehingga kini mereka masih belum berjaya mengesan lokasi pembantu rumah berkenaan.

“Barang pun dia (orang gaji) cri, duit, telefon bimbit anak. Duit tu dalam seribu lebih, itu baki duit raya tahun lepas yang saya simpan dalam kotak. Saya dan suami fikir dari sudut positif, mungkin Allah nak ganti dengan perkara lebih baik dan syukur anak selamat kalau terjadi apa-apa dekat anak saya akan cari sampai lubang cacing. Tapi macam mana pun laporan tetap perlu dibuat. Ejen ada ganti dengan pembantu baharu tetapi sampai sekarang tak tahu maid lama tu lari ke mana,” katanya.

Elvina berkongsi perkembangan kes berkenaan ketika ditemui di tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu. Sementara itu, Elvina berkata kejadian berkenaan membuatkan dia lebih berhati-hati dan sentiasa memantau kamera litar tertutup (CCTV) ketika berada di luar rumah. “Sekarang ini apabila berada di set penggambaran, saya akan pantau CCTV untuk tengok apa yang sedang berlaku di rumah.

Malah, maid baharu ini pun depan saya baik tapi bila check CCTV dia boleh ambil botol susu anak pakai kaki. Selepas saya tunjuk rakaman itu, barulah dia minta maaf, sebab itulah saya trauma,” ujarnya. Pada 19 Januari lalu, Elvina meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumah lari dan tinggalkan anaknya berusia 9 bulan sendirian di rumah. Untuk rekod, Elvinda dan Haniff, 38, berkahwin pada 18 Mac 2018, pasangan ini dikurniakan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version