SEMAKIN aktif dalam sukan berkuda sejak berkahwin, pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan aktiviti tersebut mengeratkan hubungan bersama suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman. Bercakap mengenai hobi itu, Intan, 27, berkata, pada awalnya dia sekadar menemani suami yang sememangnya aktif dalam sukan tersebut namun mula jatuh cinta selepas mencuba menunggang kuda. “Sebenarnya suami saya memang aktif dalam sukan tersebut dan saya sering menemaninya. Kadang-kadang bosan juga dan sebab itu saya pun ikut menunggang sekali.
“Lepas berkahwin baru saya betul-betul aktif sebab ada masa sikit untuk melakukan aktiviti sihat. Sebelum berkahwin macam ‘robot’ juga sebab sibuk dengan penggambaran selain belajar,” katanya. Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi perkara itu ketika ditemui di Anugerah Telenovela ke-9 yang berlangsung pada Jumaat lalu. Sebagai menyokong minatnya, Azraf turut menghadiahkan seekor kuda untuk digunakan ketika melakukan aktiviti tersebut. Bagi menghargai hadiah itu, Intan akan memastikan dia menunggang kuda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
“Aktiviti berkuda itu Alhamdulillah masih aktif. Seminggu dua atau tiga kali juga kami menunggang kuda. Dapat juga keluarkan peluh selain menghargai hadiah daripada suami,” jelasnya. Selain itu pasangan tersebut turut mempunyai lima ekor kuda lain yang mempunyai nama dan kad pengenalan sendiri.
Sementara itu, Intan memberitahu sukan berkuda dilihat banyak kelebihan dalam menjaga kesihatan mental selain dapat meluangkan masa bersama suami tersayang. “Dapat luangkan masa bersama suami dan ia bagus untuk kesihatan mental. Untuk hubungan pun bagus juga kerana ia merapatkan kami. Bangun pagi sarapan bersama sebelum berkuda dan disebabkan itu kami teruskan aktiviti ini,” ujarnya. Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepadaAzraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.