Belum berhenti lagi nak dapatkan perhatian, kali ni Fathia Latiff puji pula gusi Zahirah Macwilson

Pelakon sensasi Fathia Latiff masih belum berhenti untuk mendapatkan perhatian aktres jelita Zahirah Macwilson. Menerusi hantarannya di Instastory, Fathia menyatakan hasrat mahu berduet bersama Zahirah di TikTok namun butang duet tidak diaktifkan oleh isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu. Berdasarkan tinjauan, video yang dimaksudkan itu memaparkan Zahirah sedang menari sambil mengusap ‘baby bump’. Dalam hantaran sama, pelakon drama Ariana Rose ini turut memberi pujian kepada gusi Zahirah di dalam video tersebut. “Omg girl, I wanna duet with you by the way loving your gum,” tulisnya.

Terdahulu, Fathia menjadi bualan hangat apabila menggelarkan wajah Zahirah seperti seorang bibik. Malah, dia bertubi-tubi mengkritik kedua pasangan suami isteri berkenaan namun Zahirah dan Aiman tidak memberi sebarang respons terhadap tindakan Fathia itu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version