PILIH diam daripada buka mulut… Itu cara terbaik dapat dilakukan pelakon Enot apabila berdepan kontroversi selepas rakan selebriti Didie Alias mendedahkan mereka tidak lagi berhubung dan membawa haluan masing-masing. Bagi Enot atau Aliza Abdullah, 48, dia juga turut meluahkan rasa kecewa tatkala seorang yang dianggap sebagai kakak sendiri mendedahkan kisahnya sedangkan mereka lebih tahu kisah sebenar. “Dia (Didie) dalam kenyataan memberitahu tidak mahu berjumpa tetapi harap satu Malaysia doakan saya. Tetapi sekarang satu Malaysia bencikan saya.
Saya sedih apabila seorang saya anggap seperti kakak boleh bercakap begitu. Saya telan dan berlapang dada apabila orang mula membenci saya. Saya tidak mahu melawan atau perbesarkan isu tersebut. Diam bukan bermaksud saya salah tetapi saya kunci mulut sebab apa dia cakap itu salah. Sudah lebih 20 tahun kami kenal, dia tahu siapa saya. Tak perlu untuk buka aib saya,” katanya kepada.
Enot berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman keluarganya sempena program Ziarah Seni Madani Finas 2024 di Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu. Didie sebelum ini dalam satu temu bual meluahkan rasa kecewa terhadap Enot kerana memilih jalan menghilangkan diri dan turut didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang wanita berpewatakan lelaki atau pengkid. Enot bagaimanapun ketika tidak pernah memberi sebarang kenyataan balas kepada media dan hanya sesekali meluahkan perasaan di media sosial.
Menjawab tuduhan kononnya pernah menjalinkan hubungan sejenis, pelakon ini dengan tegas menafikan perkara tersebut. “Saya masih ada akal dan berpegang kepada agama. Saya masih boleh berfikir dan tidak mungkin akan kahwin sesama jenis. Ramai yang mula korek kisah saya. Kenapa nak pertikaikan saya kawan dengan tomboi? Mereka juga manusia ciptaan Allah. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja,” jelasnya. Sementara itu Enot juga tidak menolak sekirannya suatu hari dia dan Didie kembali bertemu.
“Ajal, maut dan jodoh di tangan Allah. Kalau Allah kata kami akan bertemu maka berjumpalah saya dengan dia. Saya tidak boleh mengiyakan perkara itu. Hanya follow the flow,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.