Pelakon Amelia Christie Lim menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh Sharnaaz Ahmad mengenai hubungan mereka selama ini. Menurut Amelia, dia tidak pernah menyekat atau berhenti mengikuti mana-mana akaun media sosial. “Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja. Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya masih panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus.” Tambah Amelia, dia tampil membuka mulut bukan kerana mahu menjatuhkan maruah sesiapa apatah lagi bermusuh dengan mana-mana individu. “Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang. Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.
Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif.” Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan. Malah, pelakon itu turut bercuti di Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.