Dikatakan ambik bahan terlarang, Puteri Sarah nekad untuk failkan saman terhadap pegawai pemasaran

Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah memuat naik notis tuntutan kenyataan fitnah terhadap Nazatul Nazira Binti Zainol Abidin yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan. Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik di Instagram Stories dan WhatsApp Stories.

Antaranya adalah menuduh Puteri Sarah mengambil bahan terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bdh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja. Susulan itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.

Selain itu, individu berkenaan dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka serta Puteri Sarah menuntut perintah injunksi bagi menghalang daripada menerbit sebarang kenyataan berkaitan isu terbabit. Terdahulu, Melodi telah menemu bual seorang individu yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon terkenal yang juga merupakan rakan perniagaannya. Dakwa individu terbabit, aktres itu telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar di laman sosial.

Selain itu, dia juga mendakwa sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres terbabit bagi berbincang dan menyelesaikan masalah antara mereka, namun tiada respon diberikan. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun rata-rata warganet mendakwa aktres yang dimaksudkan ialah Puteri Sarah. Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang diperolehnya.

Menurut aktres itu, dia telah mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang ditetapkan. Bertambah buruk lagi, apabila individu itu tidak mengotakan janjinya untuk menjadi ejen atau stokis produk berkenaan. Tegasnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pemasaran terbabit sekiranya masih berdegil memulangkan wang berjumlah RM26,000 miliknya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version