AKIBAT termakan pujukan rakan selain mahu kelihatan hebat sebagai usahawan, pelakon Saharul Ridzwan memberitahu kereta jenama mewah Mercedes Benz yang dibeli pada 2018 bertukar menjadi beban. Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, tanpa berselindung memberitahu ketika itu dia menyangka memandu kenderaan mewah dapat menjadi lambang kemegahan dan ternyata ia merupakan kesilapan besar. “Kereta ini memang jarang bergerak dan saya gunakan untuk ke lokasi penggambaran. (Sekarang) kereta ini parking di rumah ibu dan dia minta saya menjualnya.
“Saya beli pada tahun 2018, masa itu terpengaruh dengan rakan sebab katanya nampak gah bagi orang berniaga. Tapi akhirnya ia menjadi beban kepada saya. Lagipun sekarang saya sudah ada tiga orang anak, tak muat nak masuk ke dalam kereta dua pintu ini,” katanya. Saharul berkongsi perkara itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Disebabkan kereta itu jarang digunakan, Saharul memberitahu dia mahu menjual kereta tersebut pada harga RM84,000 bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.
Menerusi video yang dimuat naik, Saharul turut menunjukkan keadaan kereta tersebut yang masih dalam keadaan baik. “Saya ambil pinjaman penuh RM200,000 dan bayar setiap bulan. Dah bayar RM145,000 tapi kereta tak pakai pun. Jadi saya jual hanya untuk selesaikan baki hutang bank sahaja. “Ada yang persoalkan saya jual kereta ini sehingga kata kononnya saya ‘pusing’ meter. Saya tak tahu pun macam mana nak buat begitu. Enjin masih baik dan tidak pernah kmlngan,” ujarnya.
Sementara itu, Saharul menasihatkan orang ramai agar tidak mengikut jejaknya yang membeli sesuatu hanya untuk mempamerkan kemewahan. “Jika tiada yang mahu beli saya akan terus bayar bank. Kalau beli untuk kita nak nampak gah ataupun nak dapatkan perhatian daripada orang, elakkan sebab benda ia akan jadi beban pada kita,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.