SEMAKIN sibuk dengan urusan perniagaan, pelakon Abby Abadi dilihat sudah jarang muncul di mana-mana drama di televisyen. Menjawab pertanyaan peminat, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, dia akan kembali berlakon sekiranya ditawarkan watak yang membawa kepada keredaan Allah SWT. “Insya-Allah kalau ada tawaran watak-watak yang bernilai di sisi Allah, saya terima. Kalau tak ada kita berniaga sajalah. Kita pun tak naklah kalau sibuk nak shooting balik terutama drama panjang-panjang.
Banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan kita kan?,” katanya. Abby berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Khamis. Dalam hantaran tersebut memaparkan dia sedang menjalani penggambaran bersama anak ketiganya iaitu Maria Danisha. Kata Abby, penggambaran tersebut berjalan dengan lancar namun melihat lebih ramai muka-muka baharu yang berkerja di balik tabir.
“Produksi seronok, pengarah dan krew baik. Tapi semua tak kenal dah. Sebab lama dah kita tak shooting, tak kenal dah semua orang,” kongsinya. Dia juga memberitahu lebih selesa untuk melakukan sesuatu yang disukai iaitu berniaga sekali gus mendapat reda Allah. “Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang penting Allah reda. Doakan yang baik-baik untuk semua okay, semua pengakhiran yang baik Allah izinkan untuk kita semua,” katanya. Sebelum ini, Abby memaklumkan dia menolak tawaran berlakon kerana sering diberikan watak sebagai ibu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.