MELIHAT kemelut antara Ali Puteh dan bekas kakak iparnya Nor Hidayah belum selesai, pelawak Achey Bocey berharap agar tahun ini merupakan pengakhiran buat kedua-dua pihak menyelesaikan perselisihan faham antara mereka. Memilih untuk mendiamkan diri, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata dia enggan mencampuri urusan berkenaan kerana ia membabitkan hal keluarga. campur tangan memandangkan ia urusan membabitkan hal peribadi keluarga.
“Saya dan Fad bukan berdiam diri saja tapi kami doa daripada jauh untuk membantu dan menziarah kami tunggu semua kemelut ini selesai walaupun lama sebab ia melibatkan urusan keluarga sedangkan kami hanya orang luar. Saya boleh bercakap hanya luaran saja sebab memang tak layak kerana orang luar, kalau dah selesai macam-macam kami sudah rancang untuk ziarah semua dan kalau boleh dapat selesaikan semuanya pada raya kali ini.
“Pesanan saya kepada Ali dan Dayah kalau dua-duanya fikir tentang arwah (Abam) jadi tolong henti dan selesaikan smooth dan steady,” kata Achey. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.