Bergelar mualaf bukanlah satu perjalanan yang mudah, Maryam kongsikan cabaran ketika berpuasa di Korea

Bergelar seorang mualaf bukanlah satu perjalanan yang mudah. Bukan mudah untuk konsisten setelah berhijrah kerana ada separuh yang terkandas di pertengahan jalan. Personaliti media sosial terkenal, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam DurianKimchi yang kini sudah pun berhijab berkongsi detik-detik awal beliau bergelar mualaf lima tahun lalu di negara kelahirannya, Korea Selatan.

“Ada orang sampai letak makanan tidak halal dalam mulut ketika saya puasa, tetapi saya tidak telan, terus buang (keluarkan dari mulut) saja,” katanya kepada Sinar Harian. Namun, Maryam tidak cepat melatah sebaliknya menunjukkan ketenangan dan kesabaran kerana sedar akan kebiasaan yang berbeza di negaranya. Menurut Maryam, kebanyakan orang di Korea Selatan tidak mempunyai pegangan agama Islam seperti di Malaysia.

“Saya bekerja di hospital pada masa itu. Mereka memberi makanan kepada saya kerana sayang kepada saya. Bila saya menolak makanan itu, mereka kurang faham. Akhirnya, saya memberikan isyarat bahawa saya tidak boleh makan dan terus membuang makanan tersebut. Bayangkan kalau saya tidak cukup kuat, pasti saya sudah telan,” katanya. Pengalaman itu membuktikan Maryam mampu menahan godaan walaupun makanan sudah berada di dalam mulutnya. Baginya, keberanian itu menjadi satu pencapaian yang membanggakan.

“Sebenarnya, kalau hendak lagi seronok, cuba berpuasa di Korea yang mana semua orang makan, saya seorang saja tak makan, tapi anda akan dapat rasakan lebih ‘berkat’. Ramadan ini, cubalah ke Korea, Jepun atau negara bukan Islam, rasai pengalaman berpuasa di sana,” katanya. Pengalaman dan kesabaran Maryam boleh dijadikan inspirasi buat kita semua dalam menempuh ujian kehidupan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version