Sebelum ni pernah tular jual pisang goreng cheese, tak sangka sekarang Adib dah bergelar pilot

Pernah tular dahulu di media sosial mengenai seorang peniaga pisang goreng cheese, Adib menerusi sebuah video pendek “biasa, biasa maksudnya?” dengan lenggok kepalanya. Video terbabit membawa tuah kepada Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil apabila dikenali ramai sekali gus meningkatkan pendapatannya. Terbaharu, Adib dilaporkan kini telah menemui kerjaya idamannya iaitu sebagai juruterbang bagi salah sebuah syarikat penerbangan. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perkongsian video TikTok rakan sekerjanya, Anaqah Ismail, kelihatan dia sedang mengusik Adib dengan trademark ‘biasanya’. “Maaf, Encik. Kamu tahu cara (bercakap) seperti ‘biasa’?,” usiknya. Dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut, Anaqah yang juga juruterbang berseloroh dengan mengatakan dia tidak mendapat pisang goreng cheese dan terpaksa pergi ke Kajang untuk mendapatkannya.

“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama abang pisang cheese tetapi tidak mendapat apa-apa pada hari ini. Mungkin saya perlu pergi ke Kajang haih,” tulisnya dalam nada seloroh. Menerusi video terbabit, Adib kelihatan segak memakai uniform juruterbang dan difahamkan kini Adib sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG). Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menumpang gembira dan teruja melihat pemilik Bananadibs berjaya mencapai cita-cita yang diidamkannya sejak kecil lagi.

Sebelum ini, Adib pernah menyatakan dia merupakan seorang graduan daripada Akademi Penerbangan Malaysia. Namun, disebabkan wabak Covid-19 melanda, Adib menceburi bidang perniagaan sementara menunggu peluang bekerja sebagai juruterbang. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version