Dah setahun tinggalkan dunia forex, suami Fatin Afeefa yakin rezeki Allah tu luas

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menyatakan dia sudah setahun tinggalkan dunia pelaburan mata wang asing atau lebih dikenali Forex. Tegas Aliff Awang atau mesra dispaa Opai dalam kalangan pengikut berkata, dia kini sudah setahun tidak terlibat dengan kegiatan pelaburan Forex. Sebaliknya, lebih yakin dan percaya dengan rezeki yang diaturkan oleh Alah dan masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. “Pasal Forex, kau jangan cakap dah pasal benda tu. Aku dah setahun tak buat benda bodoh tu, dah setahun tak berharap benda tu, elok je boleh hidup. Klik sini untuk lihat video.

Kau tu, kalau fikir Forex je yang boleh bagi kau makan, cari balik iman kau dekat mana. Aku yakin, rezeki itu luas. Yang penting yakin. Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Jual apa pun boleh,” ujar Opai. Pendedahan itu dibuat Opai selepas menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya berhubung agihan makanan secara percuma yang dilakukannya ketika bulan Ramadan. Jelasnya, dia dan pasukannya bercuti pada hari tersebut selain mengakui memasak roti john untuk diagihkan kepada orang ramai bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Opai berkata, seseorang perlulah melakukan sesuatu secara ikhlas terutama memberikan sesuatu secara percuma kepada umum. “Kalau abang nak tahu, masak roti john ni bukan senang. Kami pun pertama kali masak. Jadi kenapa semalam tak ada makanan percuma sebab kita nak masak ni biar ikhlas. Jadi bila tak ada keikhlasan, kita cutilah. Orang nak makan, kita nak bagi orang puas hati dan menikmati. Tapi hari ini Alhamdulillah, kita dah ada keikhlasan dan kita yakin boleh buat kerja ikhlas, insya-Allah kita masak hari ini,”katanya. Pendedahan yang dibuat Opai itu menarik perhatian warganet dan dibanjiri rasa syukur, selain mendoakannya agar dilimpahkan rezeki yang lebih baik.

Sekadar info, Opai berkahwin dengan selebriti Fatin Afeefa pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor. Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun selepas itu. Nama usahawan itu juga sentiasa menjadi bualan ramai kerana dia aktif berkongsi mengenai pelaburan berbentuk Forex kepada pengikut.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version