Nampak macam tak kekok, selamba je Cik B muat naik gambar pakai kain batik dan tshirt di rumah

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sempoi pakai kain batik di rumah apabila beberapa Insta Story miliknya menunjukkan dia berpakaian ringkas tersebut. Dia yang memakai baju T-Shirt dan kain batik sepertinya tidak kekok mengenakan kain basahan berkenaan di rumah apabila meneruskan aktiviti bermain snuker dengan adiknya, Kacak. Dalam video yang lain, adiknya memberitahu yang Cik B atau nama sebenarnya,  Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18 sedang dalam proses mencantikkan bilik dan terlihat beberapa barangannya dibawa keluar serta diletakkan di dalam plastik di atas lantai rumah.

Cik B turut berkongsi swafoto dirinya dengan berpakaian ringkas dan memperlihatkan kain batik yang digunakannya sambil menyertakan lagu dari kumpulan Hujan bertajuk Muda. Terdahulu, penampilan usahawan muda itu mengenakan pakaian serba hitam sambil bersiar-siar ditemani dengan beberapa pengawal peribadi telah menjadi perhatian ramai. Selorohnya ketika itu, dia sudahpun mempunyai beberapa bodyguard sekarang dan hanya memerlukan kekasih sahaja untuk mendampinginya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version