Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri memaklumkan bahawa dihujani soalan mengenai keadaan puteri tunggalnya, Ameena Sofia di media sosial. Susulan itu, Shakilla menyatakan bahawa anaknya itu sekarang berada di bawah penjagaan bekas suaminya, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali. Malah, dia sendiri juga hanya melihat hantaran bekas suami untuk mengetahui keadaan anaknya itu. Kongsinya lagi, dia memberi kebenaran untuk Ameena tinggal bersama Fizi Ali lebih daripada sepatutnya untuk meluangkan masa bersama. “Ramai yang tanya kenapa Umi (Shakilla) takde update apa-apa pasal Ameena. Ameena OK ke? To be honest Umi pun tak tahu Ameena OK ke tak. Klik sini untuk lihat video.
“Sebab Ameena still dengan daddy dia since Friday. Sepatutnya semalam Ameena dah balik tapi Umi kasi chance lama dengan daddy sampai this Friday. So bila you all tanya Umi, jawapan Umi adaalahhh ENTAH. Umi pun tengok update pasal Ameena dekat Instagram daddy dia je. Other than that Umi tak tahu sebab takde update pun,” tulisnya. Dalam pada itu, Shakilla percaya bahawa bekas suaminya itu mampu menjaga Ameena dengan baik dan menjalani kehidupan masing-masing dengan harmoni.
“Hopefully Ameena OK and sekolah macam biasa. Inshallah. Umi percaya daddy Ameena jaga Ameena THE BEST….! Hopefully Ameena & daddy have a great time together. Inshallah. Doa yang baik-baik untuk perjalanan kami bertiga dengan kehidupan masing-masing yang lebih baik dan harmoni especially for our AMEENA SOFIA,” kongsinya lagi.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.