Umum mengetahui, umat Islam di Malaysia bakal menyambut bulan Ramadan pada Selasa 12 Mac ini dan hari ini juga, pelajar-pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan baru. Terbaru, dalam satu kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sesi persekolahan bagi tahun 2024 sudah pun berjalan namun kantin sekolah masih lagi beroperasi seperti biasa meskipun ianya jatuh pada bulan Ramadan. “Kantin mesti dibuka, tapi mesti ada dari segi pendidikan berkaitan kesedaran dan rasa hormat, khususnya sekolah yang ada pelajar bukan Islam, proses pendidikan untuk memberi kesedaran dan ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu juga berkata beliau yakin guru-guru mempunyai pengalaman serta kebolehan dalam mendidik pelajar untuk saling menghormati kepercayaan masing-masing. “Ini bukan isu”. Sementara itu, topik ini menjadi bualan hangat di aplikasi X dan warganet mempunyai pendapat yang berbeza berkenaan waktu operasi kantin sekolah.
Dapat dilihat, ada yang merasakan kantin tidak wajar dibuka pada bulan Ramadan, namun ada juga yang berpendapat ianya perlu dibuka bagi pelajar bukan Islam. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.