Belum reda lagi pasal isu Aliff Aziz, kali ni Ruhainies akui hanya 30 minit bukan 3 jam

Masih belum reda isu dua pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa berkhalwat di salah sebuah kondominium mewah pada Sabtu lalu. Terbaharu, aktres itu memberi penjelasan berhubung kontroversi tersebut. Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies menegaskan bahawa dia dan Aliff hanyalah sekadar berkawan dan mengenali antara satu sama lain sudah cukup lama selain sedang menjalani penggambaran drama bersama. “Kami hanya kawan. Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.” Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia akan memberikan kenyataan rasmi apabila tiba masa yang sesuai. Dalam masa yang sama, aktres berusia 32 tahun ini juga berharap tidak akan ada lagi infomasi yang tidak tepat dikeluarkan oleh mana-mana pihak. “Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti.

30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.” Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat). Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version