AIR tangan ibu pasti akan dirindui sampai bila-bila terutama selepas pemergiannya buat selam-lamanya. Kisah seorang pemuda yang memuat naik gambar kiub tomyam pembelian arwah ibunya sebelum pergi menghadap illahi di laman sosial, begitu menyayat hati. “Ibu pernah cakap… ‘ibu nak masak tomyam la. Dah lama tak masak’. Tapi sayang, tak sempat nak merasa tomyam ibu,” tulisnya dalam hantaran tersebut. Cerita pemuda bernama Mohammad Azmir Suhaimee itu, ibunya Allahyarhamah Salmah Mohammad Na’im pergi menghadap illahi ketika usianya 57 tahun pada 23 Jun 2022 akibat knsr rahim. Klik sini untuk lihat video.
Bercerita lanjut tentang kiub tomyan yang dikongsikannya, kata anak muda berusia 19 tahun itu, dia bersama kakak sulung mengemas di bahagian dapur di rumah beberapa bulan lalu untuk mencantikkannya semula. “Kami buang semua barang masakan yang sudah tamat tempoh dan tidak boleh lagi digunakan. Tapi, saya senyap-senyap simpan kiub tomyam yang dah tamat tempoh tu sebagai kenangan. “Itu barang masak terakhir yang arwah ibu beli beberapa bulan sebelum tu. Tapi ibu tak sempat masak kerana dia jatuh sakit dan pergi menghadap illahi,” katanya.
Mesra disapa Bulan, kata Azmir, perkongsian gambar kiub tomyam bersama kapsyen sedih di laman sosial bukan berniat untuk meraih perhatian warganet. Sebaliknya dia menjelaskan bahawa ia sekadar luahan hati di samping mengingatkan warganet supaya sentiasa menghargai dan bersyukur dalam setiap masakan ibu atau insan tersayang. “Semestinya rasa sedih apabila ibu tak sempat masak. Saya terkilan sebab itulah masakan yang ibu nak masak tapi kami sekeluarga tak sempat nak rasa.
“Masakan yang ibu buat semuanya simple tapi tak ada siapa yang boleh lawan. Sesungguhnya makanan yang dimasak daripada air tangan ibu adalah makanan paling mahal,” kata anak kelahiran Perak itu lagi. Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, ibunya sememangnya pakar memasak dan antara hidangan yang menjadi signature selain tomyam adalah ayam masak kicap. “Tomyam ibu simple je tapi tak ada siapa boleh lawan. Tomyam ibu tak pekat sangat dan tak pedas sebab kebanyakan kami sekeluarga memang tak makan pedas,” katanya.
Azmir berkata, dia bagaimanapun tidak berpeluang untuk mempelajari masakan tomyam ibunya namun hidangan itu akan terus diingatinya sampai bila-bila. “Saya pernah membaca satu ungkapan ni yang berbunyi: ‘Selagi mana kau balik rumah dan ada makanan yang mak kau masak, kau adalah anak yang beruntung. Sekalipun hanya nasi dengan telur sahaja yang dihidang’,” katanya mengimbas kembali. Secara kebetulan Azmir berkata dia kini bekerja sebagai juruwang di sebuah restoran tomyam dekat Bandar Sungai Siput di Kuala Kangsar, sejak beberapa bulan lalu.
Menyifatkan ibunya berperwatakan penyayang dan lemah-lembut, kata Azmir, arwh tidak pernah memarahi anak-anak secara berlebihan untuk mendidik anak-anak. “Banyak sangat nasihat ibu beri semasa hayatnya. Tapi ada dua nasihat yang selalu saya pegang sehingga ke hari ini. Ibu pesan buat baik dengan orang kena ikhlas. Ibu kata jangan harapkan apa-apa walaupun satu ucapan terima kasih. Keduanya, ibu berpesan agar tetap buat baik walaupun dibalas dengan kejahatan,” katanya lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.