Dato Aliff baru je bagitahu nak hantar surat saman, sekali pereka dalaman tampil buat permohonan maaf

Pereka dalaman mohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Aliff Syukri susulan sebuah video yang dimuat naik sebelum ini yang menyentuh kediaman usahawan tersebut. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Filla Ismail di laman TikToknya, dia tidak berniat untuk mengkritik atau keluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mana-mana individu termasuklah Aliff Syukri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman rumah Dato’ Sri Aliff Syukri bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta. Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Dato’ Sri Aliff Syukri atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu,” katanya.

Susulan itu, demi menjaga profesionalisme dan rasa hormat antara satu sama lain, dia turut memohon maaf kepada pereka dalaman kediaman usahawan tersebut iaitu Ident3 atas perkara yang berlaku. Bukan itu sahaja, pihaknya sudah memadam video terbabit bahkan sentiasa bersedia bertemu dengan Aliff Syukri secara peribadi bagi membincangkan isu yang terjadi. “Atas semangat profesionalisme dan rasa hormat kepada rakan pengamal dalam industri yang sama, kami ingin memohon maaf kepada anda sekiranya pendapat atau komen kami dalam video tersebut telah menyebabkan sebarang kesulitan atau kesusahan kepada Dato’ Sri Aliff Syukri atau kepada Ident3 secara peribadi.

Kami mengambil keputusan untuk menurunkan video tersebut sebaik sahaja kami menerima DM untuk mengekalkan profesionalisme antara kami dan berhenti daripada sebarkan sebarang maklumat yang tidak benar mengenai isu ini. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bertemu secara peribadi bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dan mencari jalan penyelesaian jika terdapat sebarang kesulitan atau rungutan yang dialami,” ujarnya lagi.

Terdahulu, seorang pereka dalaman mendakwa rumah Aliff Syukri nampak murah disebabkan susunan perabot atau hiasan yang tidak kelihatan mewah. Dia menjadikan kediaman usahawan tersebut sebagai contoh terdekat dimana perabot yang mahal tidak semestinya terlihat mewah jika tidak disusun dengan cara yang betul. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version