Seperti yang diketahui ramai, rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu seakan telur di hujung tanduk apabila penyanyi tersebut memfailkan perpisahan terhadap suaminya itu. Bukan itu sahaja, Adnan yang turut dikenali sebagai Datuk Red juga bakal kehilangan isteri pertamanya iaitu Datin Syarifah Nor Shafila yang turut memfailkan perpisahan terhadapnya. Terbaharu Datuk Red mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis dan bankrap selepas syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi sejak 2019.
Menerusi temu bual itu, Datuk Red juga memaklumkan dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM5 juta. Tambah usahawan berusia 46 tahun itu lagi, dia juga terpaksa menumpang belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dan pelbagai respon daripada warganet. Menerusi ciapan yang dimuat naik @apanakdikato di aplikasi X, individu tersebut menitipkan pesan buat wargamaya yang lain supaya tidak mentertawakan pendedahan yang dibuat Datuk Red.
Menurutnya, Datuk Red sudah terlampau penat dengan ujian yang perlu dilaluinya sehinggakan sudah tidak malu untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum. “Dia dah ‘burnt out’ habis dah ini sampai sanggup cerita semua aib dia pada ‘public’. Tolong lah jangan ketawakan atau ‘judge’ dia, aku tumpang simpati juga.” Sekadar info, Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan Datuk Red dan Adira dilihat gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai berhubung proses perpisahan mereka. Pada prosiding tersebut, Datuk Red tidak mahu melepaskan Adira manakala penyanyi tersebut tegas dengan pendiriannya untuk berpisah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan kes dibawa ke peringkat Hakam pada 24 April 2024. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.