Awal pagi Sabtu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon jelita Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Puteri Sarah menerusi satu perkongsian meminta agar memberikan kata-kata semangat pada Bella Astillah serta tidak menghakimi pelakon dan penyanyi itu. “Marilah kita sama-sama beri semangat pada @bellaastillah. Janganlah kita judge dia. Yang dah berlalu, biarlah berlalu. Kita fokus yang sekarang,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan dia tahu cerita dari awal sampai akhir serta tidak menghakimi Bella sebaliknya berkata yang baik-baik kerana ianya satu doa. “Saya tahu cerita dari awal sampai akhir jadi tak baik kita judge dia. Berkatalah yang baik2 kerana itu adalah satu doa. Berilah Bella ruang. Sama2 kita berdoa untuk Bella,” katanya. Sabtu lalu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Aliff memaklumkan dia bakal menjelaskan situasi sebenar mengenai kejadian yang berlaku itu. Tulisnya lagi, dia bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.