Pelawak kontroversi, Shuk Sahar sudah nikahi Fara Salleh sekitar empat bulan lalu apabila perkara tersebut didedahkan sendiri wanita berkenaan. Memetik laporan dari Mstar, Fara dan Shuk telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada November lalu dengan sekali lafaz. Walau bagaimanapun, Fara ketika dihubungi sumber enggan mendedahkan secara terperinci berkenaan pernikahannya dengan pelawak terbabit. Shuk yang dihubungi juga enggan menjawab hal tersebut dan meminta agar isu berkenaan ditanyakan kepada Fara Salleh sendiri.
Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37 pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshafera pada tahun 2015 namun berpisah pada 22 Mac 2023. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu, u Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.
Fara Salleh pula merupakan wanita yang heboh dikatakan netizen apabila menjadi punca retaknya rumah tangga pelawak terbabit dengan bekas isteri. Walau bagaimanapun, kisah mereka seakan senyap dari pemberitaan media selepas Shuk dan Rosa Sera berpisah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.