Tular di media sosial mengenai luahan dan keluhan seorang individu terhadap harga bagi sepasang baju Melayu jenama terkemuka Elrah Exclusive, baru-baru ini. Namun, keluhan tersebut bukanlah harga yang ditawarkan oleh pihak HQ, sebaliknya penjual yang dikatakan sanggup bermain harga jual Baju Melayu sehingga RM500. Luahan tersebut dibuat seorang pengguna Facebook Master Zulfadley Khalid dengan membuat perbandingan harga yang amat ketara sewaktu membeli baju Melayu buat anak dan dirinya di tempat berbeza.
Kongsi pengguna tersebut, dia hanya membeli baju Melayu buat anaknya kerana pada ketika itu tiada saiz bagi warna yang dikehendakinya. “Baru dua hari lepas ke HQ Elrah beli baju ni untuk anak. Harga RM189. Saya cuma beli untuk anak sebab di HQ hanya tinggal saiz XXS. Saiz S habis stok. Jadi, saya pun beli satu sajalah. Saya punya beli kemudian. Mungkin nak beli dalam talian saja,” katanya.
Beberapa hari berikutnya dia menjumpai baju Melayu yang sama warna dan saiz dikehendaki di sebuah pusat beli-belah. “Hari ini jalan-jalan di pusat beli-belah, terjumpalah booth Elrah. Tengok ada la warna ni tapi tinggal satu saja. Itu pu saiz XS, tak apalah. Saya cuba sarung saiz XS terlebih dahulu. Bila cuba, eh muat pula, ngam (padan). Tak lebih, tak kurang. Cuma betul-betul fit la. Untuk tahun ini pakai, tahun depan rasa tak boleh pakai dah kot. Tak apalah, beli sajalah,”ceritanya.
Apa yang membuatkan individu terbabit tersentak apabila dia menjumpai sebuah booth yang turut jual baju Melayu Elrah Exclusive yang sama seperti dikehendakinya dengan tawaran harga berbeza. Ujarnya, dia mula tersedar sewaktu hendak membuat pembayaran di kaunter apabila staf booth terbabit menyatakan harga bagi baju Melayu tersebut adalah bernilai RM350. “Bila nak bayar, staf tu cakap RM350. Terkejut aku. Aku terus tanya, “betul ke ni RM350?” Aku cakap baru saja dua hari lepas aku beli RM189 di HQ. Dia (staf) cakap, “warna ni je bang yang RM350. Warna lain harga RM189 lagi,” ceritanya lagi.
Lagi membuatkan dirinya tidak sangka apabila pemilik booth tersebut datang dengan menyatakan harga baju Melayu yang dijual bagi warna tersebut juga dijual pada harga RM500. “Bos dia datang cakap kat aku,”Bang, warna ni kat online orang jual RM500. Hah, RM500 gila ke apa? Aku cakap macam tu. Ya (penjual) bang. Baju warna ni, seller banyak main harga,” ujarnya lagi. Perkongsian di platform Facebook tersebut bukan sahaja mendapat perhatian warganet, malah pengasas jenama tersebut iaitu El Azman. El Azman atau nama sebenarnya Muhd Hilmi Che Azman meminta individu terbabit untuk meninggalkan mesej terus (DM) padanya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sekadar info, warna rona gelap sekali lagi dijangka trending dan menghangat suasana sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Antaranya seperti warna jingga gelap (burn orange), jingga bata (brick orange) dan merah bata (brick red). Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.