SUAMI pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha menjelaskan dia menangis dalam video tular sebelum ini bukanlah disebabkan berita penamatan kontrak, sebaliknya tergores hati dengan perkataan bersara yang digunakan. Kata bekas kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan atau Zaquan Adha Abdul Radzak, 37, berkata dia bukannya tidak boleh menerima hakikat itu namun kecewa apabila jasanya kepada pasukan seperti tidak dihargai.
“Mungkin ada orang tidak faham saya menangis bukan kerana tak sambung kontrak tapi sebab perkataan ‘bersara’, perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya. Kecewa tu memang pasti tak boleh tipu jadi saya buat keputusan untuk berehat sekejap untuk hilangkan rasa kecewa itu tapi apa pun bola sepak tetap dalam hati saya,” kata Zaquan. Dalam pada itu Zaquan memberitahu meskipun ada pasukan lain menawarkannya kontrak baharu namun hatinya masih terbuka untuk kembali beraksi di padang sebaliknya fokusnya kini ingin membantu isteri meniaga.
“Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan jadi mungkin perlu buka lembaran baru sebagai jurulatih atau sebagai usahawan tapi yang paling penting nak tenang daripada dunia bola sepak, cuma sekarang nak bantu isteri meniaga,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.