Aggaran 2k bungkus yang terjual setiap hari, peniaga bazar dedah dapat keuntungan RM10k sehari dengan jual 34 perisa air balang

Walaupun ramai yang cuba memboikot bazar Ramadan kerana kontroversi makanan dan harga yang dikatakan terlalu mahal, tetapi lain ceritanya buat peniaga air balang ini apabila dirinya mendedahkan boleh memperolehi sehingga RM10,000 dalam sehari. Menurut peniaga yang dikenali sebagai Kamarul Azizie Abdul Rahim, 51, dirinya menganggarkan sebanyak 2,000 bungkus air terjual setiap hari.

Bagaimanapun, Kamarul mengakui keadaan cuaca memainkan peranan penting terhadap pendapatannya, namun masih boleh memperoleh purata jualan antara RM7,000 ke RM9,000 sehari. “Kita ada pelbagai jenis air yang dijual dengan harga bermula RM5 sehingga RM8 dan Alhamdulillah, tahun sebelum ini, saya mampu meraih hasil jualan berbelas ribu sehari. Tahun ini kita terpaksa naikkan harga RM1 berbanding harga tahun lalu kerana kenaikan kos bahan mentah namun kita jaga kualiti air kita,” kongsinya.

Menjadikan perniagaan itu sebagai sumber utama pendapatan, Kamarul tidak menyangkal bahawa sukar untuk berjaya dan mencapai tahap di mana dirinya berada sekarang. “Alhamdulillah selepas nekad berhenti kerja, inilah sumber pendapatan utama buat saya menyara keluarga. Sebenarnya bukan mudah untuk saya berada pada tahap sekarang kerana mula dengan berniaga dua balang air saja dan keropok lekor di sebuah pasar raya,” katanya.

Sekadar info, Kamarul buat masa ini mempunyai 12 orang pekerja dan menjual sebanyak 34 perisa air balang di bazar Ramadan. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version