Muat naik video tersenyum, Aliff Aziz luah rasa kesal bila ada pihak yang sengaja ambil kesempatan dengan isu rumahtangga

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak yang didakwa dengan sengaja mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz memuat naik sebuah artikel berkenaan dirinya yang tersenyum dengan menggunakan latar belakang lagu ‘Since You Been Gone’.

“Assalamualaikum. Senyum tanpa niat untuk menyindir sesiapa dalam isu yang sangat penting juga diputar belit agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu yang sedang memberi impak besar dalam hidup saya dan keluarga.” Bagaimanapun, aktor berusia 33 tahun itu mengambil pendekatan untuk memaafkan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya.

“Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama hilang. Saya juga minta maaf sekiranya dengan senyuman ini membuatkan ramai gembira dengan memutar belitkan perkara yang tiada asasnya. Semoga Allah ampun kita semua.” Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version