SELEPAS namanya dikaitkan sebagai teman rapat kepada kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, pelakon Anna Jobling tampil mengakui mengenali wanita itu sejak Disember tahun lalu. Kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, mereka pertama kali berkenalan dan bertemu semasa dia menghadiri sebuah acara di Singapura. Tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, Anna menyifatkan Sarah seorang wanita yang baik dan banyak membantu sepanjang tiga hari dia menyertai acara di negara berkenaan.
“Saya kenal dia, kami berjumpa pertama kali di satu acara di Singapura Disember tahun lepas. Dia datang ke booth saya selama tiga hari dan luang masa bersama saya serta pasukan saya, dia sangat baik dengan kami. Peminat tahu saya macam mana, kalau orang tu tiada masalah dengan saya, maka saya pun tiada masalah dengan orang berkenaan,” katanya.
Anna menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, Royale Palace, Cyberjaya, Selangor, pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak mengetahui sebarang cerita peribadi Sarah termasuklah kontroversi terbaharu. Ini kerana dia terlalu sibuk dengan kerja dan tidak suka masuk campur urusan peribadi orang lain.
“Tentang isu kontroversi tersebut saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya. Saya pun sibuk dengan kerja saya serta jadual yang padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur isu berkenaan. Tambah pula saya tak tanya fasal isu peribadi dekat dia,” jelasnya. Dalam pada itu, Anna berkata dia tidak terkejut apabila namanya turut terkena tempias kontroversi membabitkan Sarah, lebih-lebih lagi wanita itu ada berkongsi foto bersamanya di media sosial.
Kata pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, kritikan yang diterima juga sama sekali tidak menganggu kerjaya seninya. “Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya. Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kritkan yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya,” ujarnya. Pada Isnin lalu, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.
Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikritik warganet akibat ditangkap berkhlwt bersama seorang aktres pada Mac lalu. Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik. Malah warganet juga kurang senang serta kecewa apabila mengetahui Anna merupakan teman baik kepada Sarah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.