Jatuhkan hkuman ditahan selama 28 bulan, Kamal Adli tak puas hati dengan hkuman yang dikenakan pada individu yang mengasari dia

Awal tahun lalu, pelakon terkenal tempatan Kamal Adli disrng oleh seorang individu tidak dikenali yang memkl kepalanya dengan cota besi di Singapura dalam satu acara di sana. Srngn itu membuatkan pelakon Isteri Untuk Dijual itu cedera di bahagian kepala sehingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital. Terbaru, Kamal Adli berkata dia merasakan hukuman yang diterima oleh pelaku itu tidak setimpal di mana Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman 28 bulan 2 minggu terhadapnya.

Menurut laporan Harian Metro, hkman itu tidak adil buat dirinya sebagai mngs dan individu itu menggunakan masalah mental (berhalusinasi) untuk menyerangnya tanpa alasan yang munasabah. “Saya baru saja dimaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan terhadap individu berkenaan. Lagipun sepanjang kes ini berjalan, pihak mahkamah di sana tidak menghubungi saya. Tiada telefon, bertanya khabar dan sebarang maklumat mengenai kes ini pun tidak pernah dimaklumkan.

Bagi saya tidak adil kerana hukuman itu terlalu singkat. Semudah-mudahnya menggunakan alasan berhalusinasi untuk menyrng saya. Bagaimana muncul alasan dia berhalusinasi saya merba anak buahnya? Nama saya pun tercalar akibat tuduhan itu,” katanya. Dalam pada itu, Kamal berkata dia tidak mahu membuka mulut berkenaan insiden itu kerana tidak mahu dianggap mencari publisiti murahan.

“Selepas dilepaskan nanti adakah dia akan menyrng orang lain sewenang-wenangnya? Bukan pkl pada bahagian bahu, tangan atau kaki tetapi kepala. Saya bukan saja terkesan dari segi kesihatan, malah trauma untuk kembali bekerja selama enam bulan. Selain itu, saya juga kecewa dengan pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan kawalan keselamatan dan sebagainya. Mereka hanya membayar bil hospital saja, namun tidak bertanya lanjut selepas itu,” katanya lagi.

Sebagai info, pada 12 Mac tahun lalu, tertuduh, Muhammad Nabil Rashid, telah menyrng dan memkl Kamal di kepala dengan cota besi di acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Singapura. Kamal yang cedera di bahagian kepala terpaksa menjalani operasi di sebuah hospital di Singapura dan terpaksa ditidurkan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version