Teruk kena kritik sebab Azlee luah rasa terkilan dapat tawaran dengan gaji RM500 sehari, sekali ramai pula warganet yang back up

Baru-baru ini pelawak, Azlee Senario meluahkan rasa terkilannya selepas pernah menerima tawaran tidak setimpal iaitu sebanyak RM500 sehari oleh pihak produksi yang tidak didedahkan nama. Terbaharu, seorang individu tampil mempersoalkan luahan Azlee itu menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi X. Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berpendapat Azlee tidak sepatutnya merungut dan perlulah bersyukur kerana masih lagi mendapat tawaran berlakon meskipun ditawarkan dengan harga yang rendah.

Lebih parah, dia turut mempertikaikan ‘nilai’ Azlee yang dianggap semakin veteran di dalam dunia hiburan. “Bongkaknya, orang lain kerja bagai nak mti kejar ‘basic’ RM1500, dia dapat tawaran RM500 sehari pun tak nak. Awak itu artis veteran ja, Senario pun dah terkubur, tak ada siapa kenal. Veteran lain banyak yang tak dapat job. Bayangkan kalau job dia lima hari, kalah gaji fresh grad.”

Bagai menuang minyak ke dalam api, individu tersebut turut membanding Azlee dengan selebriti Hollywood yang dianggap lebih  berbakat dan versatil. Walau bagaimanapun, ciapan lelaki tersebut menuai komen negatif daripada wargamaya yang ternyata tidak bersetuju dengan pandangannya itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version