Tular di laman sosial memaparkan puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di pelupusan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebook, individu tersebut mempersoalkan mengapa barang keperluan tersebut diperlakukan seperti itu. Menurut info juga selepas kecoh dalam kalangan penduduk setempat, ada pihak bertindak pantas dengan membakar barangan berkenaan. Ada yang membuat spekulasi bahawa barangan berkenaan sudah tamat tempoh atau sebaliknya.
Difahamkan, sehingga kini motif sebenar kejadian tersebut menjadi misteri dan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas perbuatan membazir tersebut. Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, seorang pengguna media sosial mendakwa perbuatan tersebut telah dilakukan oleh seorang ahli politik yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dakwanya, makanan keperluan asas tersebut sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.
Pun begitu, sejauh mana kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.